" orang yang bodoh dan sombong dilarang membaca blog ini kerana segala isi kandungannya adalah benar. Maka orang yang dikambinghitamkan oleh JAMIL sila exit dengan hormatnya" jangan baca jika tak mahu berubah~

INI BUKAN POLITIK

RADIKAL, AGRESIF, KONFRONTASI...LAWAN SAMPAI MATI!

Saturday, 2 June 2012

STAF KUIN BERANI HALAU JAMIL

Tidak dinafikan lagi, yang bencikan JAMIL bukan setakat mahasiswa malah kebencian tersebut turut berjangkit kepada staf KUIN.


Admin tidak perlu menyebut apa sebab kebangkitan staf ini berlaku. LIHAT

Jelas sekali JAMIL tidak berjaya mengawal keadaan kerana kaki tangan pejabatnya sekalipun turut menentangnya sendiri. MALANG...

Mahasiswa suda pasti menyambut baik akan kebangkitan staf tersebut walaupun perjuangan mahasiswa menuntut JAMIL dipecat sudah bermula sejak sekian lama.

Apa yang menjadi persoalan sekarang ialah, di manakah titik persamaan antara mahasiswa dan staf? 

Apakah releven staf dan mahasiswa bergabung menuntut JAMIL dipecat?

Adakah demonstrasi besar-besaran akan berlaku di mana mahasiswa dan staf bakal melakar sejarah Malaysia?

JAMIL sudah tidak punyai tempat untuk bergantung. JAMIL sudah terperangkap. JAMIL takut, kemungkinan jantung JAMIL akan pecah. NANTIKAN SIRI KEBANGKITAN MAHASISWA DAN STAF MENGHALAU JAMIL.


1 comment:

  1. Ya ALLAH, selamatkanlah umat Mu terutamanya di insaniah (KUIN) akibat dari fitnah Azki dan kawan2nya iaitu Sajiah, Tawfek, Asri dan Arif . Peliharakanlah ukhuwah kami, lindungilah institusi insaniah ini daripada gejala fitnah, adu domba, dengki khianat, buruk sangka, caci maki, posting-posting yang tidak dipastikan kesahihan dan kebenarannya oleh pihak ketiga dalam blog , media arus perdana dan lain-lain pihak yang hanya bercita-cita untuk membalas dendam dan membelasah sebahagian besar kakitangan, pelajar dan kaum keluarga mereka.

    Ya Allah, ampunilah kami, dan kami amat yakin akan kata-kata kekasihmu Rasullulah bahawa tidak akan masuk syurga pembawa2 fitnah tersebut.

    Ya Allah kami juga yakin akan kebenaran sabda kekasihmu yang diriwayatkan oleh Ibnu Abid Dunya yakni Barangsiapa menyiarkan terhadap orang muslim satu perkataan untuk memalukannya dengan tidak sebenarnya, nescaya dia akan diberi malu oleh Allah dalam neraka pada hari kiamat.

    Ya Allah jika fitnah2 yang dipalit oleh pemuka2 yang lima orang tadi adalah sebenar2 fitnah maka engkau berilah taufik hidayah pada mereka, ampunilah dosa mereka dan bimbinglah mereka semula kejalan yang kau redhai. Amin ya Rabbal Alamin …

    Ya Allah, kami ingin kerja lebih lama kat KUIN ni, demi mencari sesuap nasi buat menjamu anak2 yang masih kecil, maka jika pemuka2 ini berterus terusan mencaci, fitnah, buruk sangka dan merancang sesuatu yang lebih besar, maka engkau porak perandakanlah kesatuan mereka, engkau pecah belahkan hati hati mereka, engkau gagalkanlah perancangan perancangan jahat mereka kerana nyata mereka ni bukanlah dari golongan umatmu yang bersyukur pada Mu Ya Allah.

    Ya Allah, selamatkanlah kami dari segala keburukan dan janganlah Engkau jadikan kami tempat turunnya bencana, hindarkanlah kami dari segala bala kerana tidak sesiapa yang dapat menghindarkannya melainkan Engkau, ya Allah.”

    Sesungguhnya aku ni insan rohani yang amat2 kerdil sekali, hamba MU ini insan yang amat dhaif, jika kau dengar dari lubuk hati ku ini, maka engkau pandang dan terimalah doa dan rintihan ku ini …. Amin ya Rabbul Jalil…

    ReplyDelete