" orang yang bodoh dan sombong dilarang membaca blog ini kerana segala isi kandungannya adalah benar. Maka orang yang dikambinghitamkan oleh JAMIL sila exit dengan hormatnya" jangan baca jika tak mahu berubah~

INI BUKAN POLITIK

RADIKAL, AGRESIF, KONFRONTASI...LAWAN SAMPAI MATI!

Monday 23 January 2012

Staff INSANIAH mengamuk!


Krisis kewangan insaniah yang meruncing menyebabkan proses pembayaran gaji semua kakitangan Insanaih bagi bulan November dan disember kucar kacir.

Bagi pembayaran gaji bulan November , Insaniah terpaksa melutut meminta sedekah pinjam duit kepada Perbadanan Menteri Besar untuk memastikan gaji staf Insaniah dan Insaniah Holding sebanyak satu juta ringgit. Itu pun pembayar terpaksa dibuat 2 peringkat, peringkat pertama gred 45 ke bawah dan peringakat kedua dibayar gaji lambat bagi gred 45 keatas

Bagi gaji bulan disember keadaan semakin parah apabila Timb rector sendiri terpaksa memujuk PTPTN agar memberI pembiayaan pelajar lebih awal bagi memastikan duit PTPTN pelajar yang dapat membolehkan gaji bulan disember dibayar, namun usaha pemujukan PTPTN gagal kerana keputusan peperiksaan pelajar gagal diberikan pada PTPTN pada tempoh yang sepatutnya. So gaji juga dibayar dua peringkat.

Dan sehingga artikel ini dipost kan dalam fb, Insanaih menghadapi masalah kewangan yang tidak cukup untuk membayar bonus kakitangannya apatah lagi Jamil suruh bayar jugak bonus kepada staf Insaniah Holdings. Jamil lupa tujuan kerajaan bagi bonus adalah untuk menampung kos perbelanjaan awal tahun dan persekolahan anak-anak penjawat kerajaan...... apa kaitan bonus dengan anak syarikat?

Sedar atau tidak 700k peruntukan untuk membayar gaji kepada Insaniah Holdings sebaliknya hanya 300k lebih sahaja untuk gaji kakitanagn Insaniah.

Senario ini menggambarkan system pengurusan kewangan Insaniah yang teramat sangat teruk sehingga kena melutut untuk dapatkan duit . Persoalannya kenapa jadi begini?
Jawapannya TSUNAMI ANAK SYARIKAT INSANIAH.

Jamil yang kononnya dikatakan pakar ekonomi telh melingkupkan Insnaiah dengan mewujudkan anak syarikat yang tak langsung berniaga , dan membelanjakan duit Insaniah untuk anak syarikat.
Kewujudan anak syarikat hanyalah untuk memastikan Jamil menjamu tembolok kroninya dengan member gaji langsung tidk mengikut skim Kerajaan . Jamil zalim ... Jamil zalim....

Slogan kita hanya satu, Jamil mesti berundur dan letak jawatan!

GPMS kuin

Saturday 21 January 2012

HEP dan Jamil jahil pasal Usrah

Antara kebodohan pentadbiran Jamil ialah mengarahkan HEP supaya menghentikan usrah secara mengejut selepas kejadian penggantungan 5 mahasiswa. Dengan alasan takutkan konco KUIN 5 (dalam MPM) ketika itu menggunakan pendekatan usrah untuk mempengaruhi mahasiswa untuk melakukan demonstrasi. Jamil memang tak tahu erti usrah. Begitu juga pengampuh dalam HEP yang menjilat kaki rektor ini.
Akibat daripada meninggalkan program tarbiyah ini, sepanjang bulan Ogos hingga Oktober 2011 telah berlaku pelbagai masalah luar dugaan yang tidak layak bagi sebuah universiti Islam bawah tadbir Jamil ini. Pada bulan September sahaja 5 kes tangkap basah yang melibatkan mahasiswi Farabi (laporan JAKSA 2011). Kemasukan pelajar baru, dilaporkan tidak mengetahui tentang usrah. Malah MSR pada sesi Jun - Julai adalah dikendalikan oleh HEP. HEP yang tak pernah tahu tentang MSR pun menyibuk nak mengendalikan program seperti ini. Akhirnya, MPM pada masa itu hanya jadi alat.

Kebobrokan pentadbiran Jamil dan balacinya HEP memaparkan 1001 kehinaan yang tidak layak bagi mereka yang bergelar profesor dan pakar. Mereka sendiri lebih menghinakan universiti dengan pengurusan primitif seperti ini berbanding demonstrasi yang berlaku. Nampaknya ada sifat yang datang dari acuan UMNO dan kezaliman. Cara mereka menyekat dan menghalang pelbagai kebebasan mahasiswa tak ubah seperti gaya UMNO. Kita harapkan Jamil tidak menggunakan MB Kedah untuk mempermainkan isu KUIN ini.


Sunday 15 January 2012

Jamil ITU Rosmah


Duit kuasa dunia. Siapa tau. Jamil bergelar profesor boleh menjana DOSA.

Insaniah di bawah pentadbiran Jamil suka menggelapkan wang mahasiswa. Mahasiswa yang majoritinya hidup miskin dan punya ibu bapa berpendapatan rendah berhutang kepada PTPTN sebanyak RM 48,000 bagi jurusan Ijazah sahaja. Sementara KUIN di bawah tadbir Jamil banyak melakukan penyelewengan dan penipuan terhadap mahasiswa. Antara penipuan mereka ialah:

1) yuran pentadbiran yang tidak masuk akal
2) senarai yuran misteri universiti.
3) fasiliti universiti yang tidak rasional dari sudut jumlah bayaran.
4) perkhidmatan tidak berkualiti seperti wifi.

rektor KUIN, si Jamil yang dituduh puak UMNO oleh sesetengah pihak ini menyembunyikan dirinya sekalipun dalam keadaan kawan karibnya Azizan dihentam teruk oleh mahasiswa dan sebahagian exco kerajaan negeri Kedah. Rektor KUIN bukan sahaja melakukan kezaliman amanah yang dikurniakan oleh Allah malah mengambil kesempatan atas autoriti dengan mengkayakan anak syarikat pengampuhnya Insan Holding.





Sunday 1 January 2012

MAHASISWA TERKULAI, JAMIL MEWAH



PROF. DATO’ WIRA DR. JAMIL BIN OSMAN
Harga Songkok                            RM 79.00
Harga Kot                                     RM 123.00
Harga Tali Leher                          RM 89.00
Harga Cermin Mata                     RM 455.00
Harga Sepatu                               RM 299.00
Harga Jam Tangan                      RM 789.00
Harga Tali Pinggang                   RM 109.00
Harga Telefon Bimbit                  RM 1,320.00
Kereta?
Rumah?
Laptop?

  Ingat lagi tak isu RM 255.00 mahasiswa KUIN yang lenyap dalam akaun? harap duit itu bukan untuk keberoson si Jamil ini.

bayangkan:            255 x 3000 mahasiswa =  RM 765 000.00

ingat lagi tak janji si Jamil ni nak beli bas KUIN ketika himpunan mega tahun lalu?