" orang yang bodoh dan sombong dilarang membaca blog ini kerana segala isi kandungannya adalah benar. Maka orang yang dikambinghitamkan oleh JAMIL sila exit dengan hormatnya" jangan baca jika tak mahu berubah~

INI BUKAN POLITIK

RADIKAL, AGRESIF, KONFRONTASI...LAWAN SAMPAI MATI!

Thursday 31 May 2012

MSR bermasalah kerana JAMIL?

Aduan demi aduan yang dilemparkan di sebalik bisik-bisik adhoc MSR kedengaran terlalu banyak masalah. Antara punca utama yang berjaya dikesan ialah kewangan KUIN tidak mampu menampung kos MSR walaupun pengarahnya Mohd Ikhram (MPM) sudah meminimumkan kos belanjawan. 

Jelas sekali JAMIL gagal menyediakan peruntukan yang berpatutan untuk program MSR (Minggu Silaturrahim) bagi sesi kemasukan 25 Jun ini.

Menurut bisik-bisik yang sampai kepada admin, adhoc mengadu kerana peruntukan yang sepatutnya sudah ada di tangan bendahari program MSR masih tidak kelihatan. Malah aduan turut kedengaran mengatakan staf HEP terpaksa menggunakan wang poket mereka sendiri bagi membolehkan keperluan awal dapat disediakan.

MSR pada kali ini menunjukkan satu lagi kegagalan dalam pentadbiran JAMIL apabila segalah masalah yang berlaku dalam KUIN memberi kesan yang amat serius terhadap keperluan universiti.

Sekali lagi admin menegaskan kepada seluruh mahasiswa KUIN sama ada yang lama mahupun yang baru supaya bersatu menuntut JAMIL dipecat dan digantikan dengan rektor yang lebih amanah, adil dan berkebajikan.

MAHASISWA TIDAK TAKUT TIDAK GENTAR!!!!!!!!!!!


Monday 21 May 2012

JAMIL MENYUSUN TENTERA

JAMIL telah kehilangan thiqoh, kehormatan, maruah, kualiti, pengaruh, kepercayaan dan segalanya. Maka JAMIL telah menyusun strategi perang untuk mempertahankan dirinya dari serangan agar terus kekal dalam KUIN. 

Perkara pertama yang ingin admin dedahkan ialah, JAMIL menggunakan MPM iaitu presidennya Ustaz Zulhazwan bagi menyerang balas serangan mahasiswa yang berhimpun di Wisma Darul Aman pada 19 Feb lepas dengan bersenjatakan slogan 'Menolak Ideologi Tidak Beradab'. JAMIL membiarkan presiden MPM tersebut mengeluarkan kenyataan media dengan tajuk 'Mahasiswa KUIN Menolak Ideologi Tidak Beradab'. Sedangkan ia sama sekali bertentangan dengan tindakan JAMIL sebelum ini iaitu menggantung KUIN5 kerana membuat kenyataan media berhubung isu KUIN. Hal ini kerana ia merupakan perancangan JAHAT JAMIL bagi mengalihkan isu pokok iaitu kegagalan JAMIL mendepani aktivisme mahasiswa. Presiden MPM yang tidak tahu menahu akan niat buruk JAMIL sebenarnya terumpan kerana pendekatan JAMIL seperti seorang ayah memujuk Zulhazwan dan akhirnya akur atas kekaburan kezaliman JAMIL selama ini.

CHECK....BUKAN CHECKMATE! Kata JAMIL. Maka JAMIL pun menyusun strategi terbarunya iaitu memberi umpan kepada beberapa staf yang kaki ampuh untuk mengekang kebangkitan mahasiswa menuntut JAMIL dipecat. Staf yang pertama ialah Encik Sayuti Sanusi. JAMIL memberikannya kuasa untuk menjawab segala pertanyaan mahasiswa berhubung isu KUIN. Sayuti yang mempunyai kemahiran memusingkan isu berjaya mengaburi beberapa mahasiswa. Tujuannya supaya mahasiswa tidak mengambil tahu, tidak bertanya dan bersikap redha dengan ketentuan yang ada di KUIN. Itulah Sayuti...hang tanya kat dia, hang dipersalah balik. Naya....

Membiarkan Fidaus PRO terhutang budi kat JAMIL. Satu lagi taktik JAMIL untuk menyusun tenteranya. JAMIL redha akan salah guna kuasa Firdaus iaitu berkenaan kereta milik KUIN digunakan bagi tujuan politik. Mengapakah JAMIL membiarkan sedemikian? Kerana Firdaus boleh diperalatkan. Atas budi JAMIL, Firdaus yang sudah termakan budi JAMIL sini sana memfitnah pejuang mahasiswa termasuk mempertahankan JAMIL dengan mengatakan bahawa JAMIL itu mempunya visi yang amat besar dan segala puji-pujian diberikannya.


Satu lagi taktik busuk JAMIL yang menjadi persoalan pelbagai pihak ialah, setiap isu KUIN dijawab oleh MB Kedah. Apakah mainan JAMIL di sebalik semua ini? Apakah aturan dan perancangan jahat JAMIL dengan apa yang dihadapi oleh MB. Adakah ini menyebabkan MB menjadi mangsa?

Tidak ketinggalan, strategi JAMIL yang cukup berkesan ialah mencipta tentera di facebook. Bagi mencipta tentera tersebut, JAMIL sebelum itu mengambil pendekatan memujuk rayu kepada di beberapa lapisan pihak seperti mahasiswa dan staf KUIN. Walaupun JAMIL tahu dia sudah tidak dipercayai lagi, namun dia yakin dengan bahasa keluarganya itu mampun mempengaruhi beberapa individu yang seterusnya berinisiatif melindungi JAMIL melalui facebook. Antara facebooker yang dikenal pasti sebagai kambing hitam JAMIL ialah Fathul Mawardi. Dengan adanya cybertrooper yang boleh menjadi pelindung JAMIL sama ada secara langsung mahupun tidak langsung, hakikatnya taktik pemujukan dan rayuan dengan bahasa 'keluarga' yang digunakan JAMIL amat berkesan.

Semoga ALLAH mempercepatkan pemecatan JAMIL!!!

Sunday 13 May 2012

BENDAHARI KUIN SOKONG SINGKIR REKTOR

Di kala isu KUIN semakin panas ini, ia ditambahkan lagi dengan berita TERGEMPAR yang bermain di kalangan mulut-mulut staf KUIN apabila ada yang mengatakan bendahari KUIN iaitu En.Latif menyeruh supaya JAMIL dibuang dari KUIN. Walaubagaimanapun, admin tidak pasti akan kesahihan tersebut memandangkan is setakat perbualan yang kedengaran di kalangan staf KUIN. Bagi memastikan berita ini mencapai kesahihan, admin cuba untuk mengaitkan beberapa isu agar logik sebagai ukuran agar kenyataan En.Latif dapat dibenarkan.

Antaranya:

1) Isu kerugian teruk Insan Holding
2) Isu perbelanjaan Insan Medic yang amat besar
3) Isu gaji staf yang bermasalah
4) KUIN disaman 3juta



Isu di atas tentunya memberi kesan kepada penyataan kewangan KUIN lebih-lebih lagi segala maklumat berkaitan pengurusan kewangan adalah di tangan En.Latif. 

Oleh itu, ada kemungkinan pendirian En.Latif supaya JAMIL dibuang atau bahasa mudahnya dipecat adalah benar.

Sekali lagi, usaha memecat JAMIL semakin kuat berikutan sokongan dari pihak pentadbiran itu sendiri.

Tuesday 8 May 2012

SELURUH MALAYSIA GEMPAR, SIARAN BERITA DAN MEDIA KENAIKKAN YURAN KUIN!

RM200.00 satu jam kredit bagi pelajar baru bermula sesi kemasukkan Jun 2012. Kenaikkan yang amat drastik diputuskan oleh JAMIL. Seluruh mahasiswa dikejutkan melalui berita yang disiarkan. Populariti KUIN memuncak atas sebab yuran yang amat mahal.


Ekoran daripada kenaikkan itu, ramai mahasiswa bertanya akan kewajaran kenaikkan yuran mahal tersebut. Persoalan kemudahan, dan kualiti berlegar-legar di fikiran. Mahasiswa lama sudah pasti dapat menjangkakan perkhidmatan yang diberikan JAMIL mat tidak memuaskan. Maka mahasiswa lama menolak kenaikkan tersebut secara tegas. Bagaimanapun, ia amat berkaitan dengan nasib mahasiswa yang bakal mendaftar masuk pasa sesi akan datang

Admin menyenaraikan perkhidmatan busuk JAMIL yang tidak sesuai sama sekali jika dibandingkan dengan yuran tersebut:

1) Banyak penghawa dingin rosak di kelas 
2) Bas KUIN yang dah usang dan banyak kerosakan malah mengeluarkan asap hitam
3) Jadual bas tidak dipatuhi 100%
4) Asrama yang usang dan tidak mendapat status CF iaitu ciri keselamatan
5) Asrama yang kotor dan tidak teratur.
6) Tidak memiliki restoran atau kafeteria.
7) Sistem pengurusan maklumat internet dalam laman rasmi kuin sangat lembab dan ketinggalan.
8) Pelajar terlalu ramai setiap kelas, kualiti terabai.
9) Tandas yang tidak memenuhi standard Universiti.


ADMIN MENYOKONG TINDAKAN MAHASISWA MENUNTUT JAMIL DIHALAU DARI KUIN PADA 19/02/2012 YANG LALU.

Ada lagikah siri kedua menuntut JAMIL dipecat? Hanya Allah yang maha mengetahui......




Friday 4 May 2012

KUIN5 JUARA, JAMIL MENDAPAT MALU

Tidak ada seorang profesor di dunia ini mendapat malu seperti JAMIL. JAMIL yang berstatus ini pun telah dikalahkan oleh budak hingusan.

Spekulasi yang mengambil masa setahun akhirnya terjawab! KUIN5 memenangi kes mahkamah. Seperti yang dijangka admin, juga berdasarkan maklumat pengakuan pakar undang-undang kuin yang disembunyikan hari ini segala persoalan telah terjawab. 

LIHAT:

Standard JAMIL jatuh dihadapan dunia pendidikan kerana tidak pandai membaca peraturan.

Adakah masih ada kelayakkan bagi REKTOR seperti ini untuk terus kekal dalam KUIN?

Apakah kita terus memberikan JAMIL peluang untuk menunjukkan kebodohan demi kebodohan yang dipamerkannya?

Admin ternanti-nanti kebangkitan mahasiswa yang sudah berani. 

Admin juga menantikan kemasukan KUIN5 ke KUIN untuk menyambung pelajaran mereka. Tidak sabar rasanya melihat JAMIL terkencing-kencing umpama lembu disembeleh. 



***
Menurut KUIN5, JAMIL memang tahu bahawa keputusan penggantungan KUIN5 memang salah di sisi undang-undang. Walaubagaimanapun, politik JAMIL amatlah mudah difahami. Tujuan utama JAMIL berbuat demikian adalah untuk menyingkirkan musuhnya (KUIN5) kerana berpotensi membongkar segala rahsia dan kejahatan disebalik tabir KUIN oleh JAMIL. Memang benar, KUIN5 mempunyai segala rekod kejahatan JAMIL dalam KUIN. Terutamanya komplot kewujudan anak syarikat yang banyak memberi kesan buruk kepada KUIN

JAMIL OH JAMIL...HANG P BERAMBOSSSS

MUKA CUAK...KAH KAH KAH