" orang yang bodoh dan sombong dilarang membaca blog ini kerana segala isi kandungannya adalah benar. Maka orang yang dikambinghitamkan oleh JAMIL sila exit dengan hormatnya" jangan baca jika tak mahu berubah~

INI BUKAN POLITIK

RADIKAL, AGRESIF, KONFRONTASI...LAWAN SAMPAI MATI!

Thursday 14 June 2012

Dewan Ulama PAS Kedah Bantu Pecat JAMIL

Ahli Dewan Ulama

Pada himpunan HIJAU yang lepas, ahli PAS Pusat telah mengadakan satu pertemuan khas antara Dewan Ulama PAS Kedah, dan beberapa pimpinan PAS Kedah bagi membincangkan kemelut yang melanda KUIN.

Apa yang dapat disimpulkan ialah, pertemuan tersebut menghasilkan satu solusi yang jelas iaitu PECAT JAMIL. Perkara ini dapat disahkan melalui seorang ahli PAS dari Pokok Sena yang enggan diberitahu namanya yang turut terlibat dalam pertemuan tersebut. Perkara ini juga disahkan oleh salah seorang Pensyarah Usuluddin yang sedang menyambung PhD, cuti bergaji di USM iaitu Ustazah Azlina. Maklumat ini dikuatkan lagi dengan pengakuan Ustaz Abdul Ghani iaitu suami kepada Ustazah Azlina yang merupakan Ustaz yang berpengaruh di Kedah.

Ust Ghani yang selalu mendapat tengkingan si isteri~


JAMIL yang merupakan rektor KUIN sebelum ini berhadapan dengan tindakan mahasiswa mendesaknya supaya menyelesaikan masalah kebajikan di KUIN pada himpunan 11.01.2011 lepas.

Himpunan kedua meletus apabila seluruh pensyarah dan mahasiswa kuliyyah tahfiz mengadakan bantahan terhadap keputusan JAMIL merampas bangunan tahfiz dan menggantikannya kepada sekolah Insan Bistari pada 01.04.2011 lepas.

Himpunan ketiga turut meletus pada 21 Julai 2011 di hadapan pejabat JAMIL iaitu Himpunan Mahasiswa Prihatin sebagai satu bantahan terhadap tindakan JAMIL menggantung 5 orang mahasiswa KUIN daripada pengajian.

Himpunan Aman pada 19.02.2012 yang dipengerusikan Rendy Ismail menjadi tumpuan seluruh negara kerana melibatkan beberapa proksi mahasiswa yang bergabung menuntut JAMIL dipecat seperti Mahasiswa Prihatin, Watch13, LMU, KAMI, DEMA, dan LMP. 

Siri himpunan ini jelas memberi mesej kepada warga KUIN bahawa tuntutan PECAT JAMIL tidak akan terhenti selagi orang tua itu berada di KUIN. Oleh itu, sokongan yang padu dari kalangan ramai pihak semakin memuncak. Tolak JAMIL, KUIN sejahtera. Kedah aman, rakyat bahagia. Mahasiswa tenteram dan dapat menikmati kemudahan yang sepatutnya.


No comments:

Post a Comment