" orang yang bodoh dan sombong dilarang membaca blog ini kerana segala isi kandungannya adalah benar. Maka orang yang dikambinghitamkan oleh JAMIL sila exit dengan hormatnya" jangan baca jika tak mahu berubah~

INI BUKAN POLITIK

RADIKAL, AGRESIF, KONFRONTASI...LAWAN SAMPAI MATI!

Thursday 31 May 2012

MSR bermasalah kerana JAMIL?

Aduan demi aduan yang dilemparkan di sebalik bisik-bisik adhoc MSR kedengaran terlalu banyak masalah. Antara punca utama yang berjaya dikesan ialah kewangan KUIN tidak mampu menampung kos MSR walaupun pengarahnya Mohd Ikhram (MPM) sudah meminimumkan kos belanjawan. 

Jelas sekali JAMIL gagal menyediakan peruntukan yang berpatutan untuk program MSR (Minggu Silaturrahim) bagi sesi kemasukan 25 Jun ini.

Menurut bisik-bisik yang sampai kepada admin, adhoc mengadu kerana peruntukan yang sepatutnya sudah ada di tangan bendahari program MSR masih tidak kelihatan. Malah aduan turut kedengaran mengatakan staf HEP terpaksa menggunakan wang poket mereka sendiri bagi membolehkan keperluan awal dapat disediakan.

MSR pada kali ini menunjukkan satu lagi kegagalan dalam pentadbiran JAMIL apabila segalah masalah yang berlaku dalam KUIN memberi kesan yang amat serius terhadap keperluan universiti.

Sekali lagi admin menegaskan kepada seluruh mahasiswa KUIN sama ada yang lama mahupun yang baru supaya bersatu menuntut JAMIL dipecat dan digantikan dengan rektor yang lebih amanah, adil dan berkebajikan.

MAHASISWA TIDAK TAKUT TIDAK GENTAR!!!!!!!!!!!


No comments:

Post a Comment