" orang yang bodoh dan sombong dilarang membaca blog ini kerana segala isi kandungannya adalah benar. Maka orang yang dikambinghitamkan oleh JAMIL sila exit dengan hormatnya" jangan baca jika tak mahu berubah~

INI BUKAN POLITIK

RADIKAL, AGRESIF, KONFRONTASI...LAWAN SAMPAI MATI!

Saturday 22 December 2012

GENG 35 SP & KUALA KETIL



Ngeri dan menakutkan. Kejadian di Sungai Petani baru-baru ini sebenarnya didalangan kumpulan samsing Hindu yang membunuh orang Melayu. Walaupun berjaya dikawal oleh polis, namun dendam di kalangan kumpulan mereka pasti tidak hilang begitu sahaja. Geng 35 di SP merupakan kumpulan samsing yang paling ramai dan menakutkan. Geng ini menguasai kawasan SP dan Kuala Ketil.

Untuk pengetahuan warga Insaniah sekalian, walaupun ramai yang menggedikkan diri tak sabar untuk berpindah ke Kuala Ketil iaitu kampus tetap Insaniah anda perlu menilai beberapa perkara yang wajib ditanggung oleh Azizan dan Jamil demi kesejahteraan warga Insaniah.

1) Keselamatan kediaman
2) Jumlah pengawal keselamatan
3) Pengangkutan pergi dan balik kampus

Hari ini, Presiden MPM dan Presiden PERTEMU yang bacul di hadapan Jamil tidak tahu menilai fakta. Perkara di atas dipolitikkan dengan mengatakan bahawa "SEMUANYA BAIK DAN SELAMAT". Mereka juga sibuk menjilat-jilat punggung Jamil dan Azizan. Tindakan mereka ini menjadi contoh kepada pimpinan di bawah mereka. SEDARLAH WAHAI PIMPINAN MAHASISWA, ANDA BUKAN ROBOT JAMIL DAN AZIZAN. Rugi wei kami undi hampa!

Ini adalah kes pembunuhan di sebuah taman perumahan di Kuala Ketil. Saya tidak sanggup menjelaskan kedudukan tempat ini demi menjaga nama baik penduduk di taman tersebut. SEMOGA MAHASISWA INSANIAH SEDAR DAN MENDESAK JAMIL MENYELESAIKAN MASALAH KESELAMATAN!!!!






YA ALLAH, JAUHILAH KAMI DARIPADA MUSIBAH, KO JAMIL DARI INSANIAH. TUKARKAN YANG LEBIH AMANAH DAN BERTANGGUNGJAWAB! AMIN!


Friday 21 September 2012

Mahasiswa jangan terkeliru sistem MQA JAMIL

Graduasi tahfiz digemparkan dengan ijazah berupa sekeping kertas kosong dan dimaklumi bahawa sijil mereka tidak memenuhi syarat MQA.

Sememangnya kezaliman JAMIL tidak dapat disangkal lagi.

Admin dimaklumkan bahawa beberapa sebab kegagalan JAMIL mendapatkan MQA bagi Ijazah Al-Quran adalah:

1) Dekan Ijazah Al-Quran adalah berbangsa Indonesia. Beliau gagal menyempurnakan dokumen bagi akreditasi penuh kuliah tersebut. Sebab kegagalan utama ialah bahasa yang dibunakan tidak menepati ciri bahasa yang ditetapkan di Malaysia.

2) Pensyarah asal (Melayu) yang telah ditendang oleh JAZAN menyebabkan kuliah ijazah Al-Quran tidak memiliki kepakaran menyiapkan dokumen berbahasa Malaysia secara sempurna.





malumat tambahan

Thursday 20 September 2012

JAMIL MAHARAJA PENIPU

Dengan lafaz bismillahirrahman nirrahim...JAMIL,

Sekali lagi bermulut lucah dengan bermaksiat terhadap fakta dan realiti permasalahan yang dihadapi INSANIAH. Skandal penipuan JAMIL secara jelas terdedah di hadapan ramai apabila JAMIL mengatakan:

a) Gerai pesko pada tahun ini lebih banyak dari sebelumnya iaitu sebanyak 43 tapak.
     = sebenarnya tahun 2010 gerai pesko melebihi 60 tapak.

b) Tahun depan (Mei, 2013) pindah ke Kuala Ketil.
     = Woi JAMIL! Kedah dah nak lingkup hang nak cari duit 3.1 juta untuk urusan pemindahan dan penyelanggaraan tang mana?

c) JAMIL hanya memuji muja puak perahu tapi lupa nak puji mahasiswa yang duk pejuang kebajikan dapat menyedarkan kezaliman JAMIL.

balaci JAMIL @ ahli perahu bersama Dato Basyah bakal MB Kedah jika BN menang

Wednesday 29 August 2012

JAMIL dipersoal tahap keselamatan KULIYYAH TAHFIZ

Pada hari ini, kejadian kes rompak menyebabkan kematian seorang pencuri yang cuba mencuri di sebuah asrama pelajar Kuliah Tahfiz Kolej Universiti Insaniah. Pencuri terbabit bagaimanapun dibelasa oleh sekumpulan pelajar yang menyedari kehadiranya dalam asrama tersebut. Hampir kesemua pelajar tahfiz yang berang lalu membelasa pencuri tersebut. Kejadian kecurian sebenarnya sudah banyak berlaku di asrama itu. Pencuri mati setelah dikejarkan ke Hospital Sultanah Bahya. Polis memberi keterangan ringkas bahawa identiti pencuri atau mangsa belasa adalah berumur 35 tahun dan merupakan penagih dadah tegar yang mana sebelum ini pernah melakukan kes yang sama.

JAMIL perlu bertanggungjawab soal keselamatan asrama al razi


Pihak pelajar mula mempertikaikan soal tahap keselamatan asrama tersebut. Salah seorang pelajar yang enggan dikenali berkata "kami kesal kepada pihak pentadbiran kerana kurang mengambil perhatian soal keselamatan asrama kami. Seandainya pencuri tersebut membawa senjata merbahaya, apa akan jadi kepada nyawa kami?" katanya di hadapan media pagi ini.

Rektor INSANIAH enggan bersemuka dengan pelajar tersebut sebaliknya menunggu respon Azizan berhubung kes yang membabitkan soal keselamatan institusi yang dibangga-banggakan kerajaan negeri Azizan. Maklumat lanjut: MATI DI AL RAZI

JAMIL sepatutnya turun padang mengungjungi keadaan pelajar kuliah tahfiz dan melihat sendiri tahap keselamatan asrama tersebut.

Wednesday 8 August 2012

EDISI BONGKAR!!! JAMIL guna PTPTN umpan MPM

Alhamdulillah, berkat berjuang du bulan posa ini semakin banyak maklumat kezaliman JAMIL terhadap warga KUIN telah dibongkar.

Dilaporkan bahawa pada 26 July yang lepas JAMIL bersama balacinya (gambar) ke PTPTN, KL untuk merayu kepada pihak PTPTN agar dapat duit segera. PTPTN sebagai sumber akhir JAMIL terpaksa didesak memasukkan duit pelajar seawalnya mungkin. Itulah JAMIL tak tahu malu setelah semua anak syarikatnya gagal berfungsi sebaliknya hanya melingkupkan KUIN.

BALACI NO.1 JAMIL


Menurut maklumat yang diperolehi, JAMIL bersama wakil MPM ke PTPTN untuk mengampuh meminta-minta kepada perbadanan tersebut agar wang PTPTN diawalkan kemasukannya. Malu la JAMIL oi, hang perabih duik kerjaan Kedah, hang tubuh anak syarikat berjuta-juta perbelanjaan melingkupkan poket AZIZAN.

Kononya, sepanjang perjalanan ke KL, JAMIL  meracuni wakil MPM tersebut agar MPM menjadi tulang belakang JAMIL yang kuat menyokong kezaliman JAMIL. Hasil doktrin JAMIL kepada MPM, inilah hasilnya: (STATEMENT 28 JULY)

"Assalamualaikum,

Isu Ptptn,

Hasil Perbincangan bersama CEO PTPTN,

Alhamdulillah perbincangan bersama Pengurusan Tertinggi PTPTN membuahkan hasil yang Positif. Beberapa perkara telah disepakati dan dipersetujui. Antaranya :

1. PTPTN bersetuju untuk awalkan bayaran pada semester ini tidak seperti jadual asal di penghujung Ogos. Insyallah Mahasiswa akan terima wang sebelum raya. Sekiranya tiada m
asalah atau halangan yang berlaku. Bagi Mahasiswa baru bayaran akan dibuat 22 hari selepas dokumen perjanjian anda di serahkan kepada PTPTN. Mahasiswa baru yg belum memohon anda perlu mengisi online permohonan secepat yang mungkin pada minggu ini juga. Sila lihat notis PTPTN yang dikeluarkan pada Khamis 26 Julai 2012.

2. PTPTN tidak terus membayar wang pinjaman PTPTN kepada IPT termasuk KUIN sebaliknya diserahkan kepada Bank untuk membuat pembayaran. Semua IPT termasuk KUIN tidak diberikan wang PTPTN terus ke Account IPT sebaliknya Hanya Bank sahaja diberi kuasa tersebut. Pihak IPT termasuk KUIN hanya akan menerima wang yuran pelajar setelah pemotongan dibuat oleh pihak Bank. IPT diminta menyerahkan jumlah potongan bagi setiap pelajar kepada Bank untuk proses pembayaran yuran.

3. Bermula tahun hadapan Jadual pembayaran baru akan di pinda untuk di awalkan proses pemohonan dan pembayaran. Kaedah pembayaran akan berlaku seakan sama kaedah yang diterima pakai oleh IPTA. Pihak PTPTN bersetuju membenarkan KUIN membuat pindaan kepada tarikh proses dan pembayaran wang PTPTN kepada Mahasiswa KUIN. Pihak KUIN akan mengutarakan cadangan tarikh yang baru secepat yang mungkin.

4. Unit PTPTN baru telah diarahkan ditubuh di bawah Bendahari KUIN dan diketuai oleh Dato' Rektor sendiri bersama seorang pegawai dan 2 pembantu tadbir. Bermula Ogos urusan PTPTN bukan lagi di bawah seliaan HEP. Pengumuman Rasmi akan dikeluarkan oleh pihak KUIN.

5. Hanya 2700+- orang pelajar KUIN sahaja yang meminjam dengan pihak PTPTN. Jumlah ini amatlah kecil jika dibandingkan dengan jumlah yang layak memohon. Wang PTPTN adalah hasil dari kutipan wang pembayar cukai (Rakyat Malaysia) untuk membantu pelajar menyambung pengajian. Mahasiswa yang layak diharapkan memohon dana PTPTN ini.

6. Mahasiswa diwajibkan membuat 'Pre-Register'. Pelajar yang gagal untuk membuat 'Pre-Register' akan gagal menerima PTPTN pada semertar berikutnya. Data 'Pre-Register' akan digunakan sebagai rujukan pembayaran pada semester berikutnya.

Terima kasih kepada Dato' Rektor, Timbalan Rektor Akademik, Pegawai Bendahari, Pegawai Insaniah Endowment Fund, dan Pegawai Unit PTPTN KUIN (yang baru) yang terlibat berbincang dan merayu dengan PTPTN bagi mempercepatkan proses pembayaran wang PTPTN pada 26 Julai 2012 yang lalu. Kepada Mahasiswa yang menerima pinjaman PTPTN di ingatkan bahawa wang PTPTN adalah amanah rakyat Malaysia kepada kalian. Justeru itu berbelanjalah kepada perkara yang sepatutnya. Buatlah perancangan yang terbaik bagi menghadapi kemungkinan-kemungkinan yang tidak dijangka seperti kelewatan bayaran yang berlaku kini.

Sekian dimaklumkan."
MPM kantoi, inilah identiti mereka sebenar. Depa semua ni balaci pentadbiran!

Booooooo...pada MPM dan Firdaus

antara balaci JAMIL yg menolak demonstrasi

Tuuuuuu Dia Firdaus PRO anjing JAMIL pon mai demonstrasi
Jangan kita jadi balaci JAMIL...jangan lawan JAMIL tapi lawanlah Basyar. Booooooooo... JAMIL tu tak zalim ke??? Ya Allah kalahkanlah penipu-penipu di bulan yang mulia ini.

Wednesday 25 July 2012

JAMIL KALUT XDA DUIT



Seperti cacing kepanasan. Apelah jenis pemimpin spesis JAMIL ini. Boros dan tak berguna. Dahulu, JAMIL mai dengan visinya merompak kekayaan KUIN. Lahirnya macam-macam anak syarikat sebagai peti kekayaannya. Kononya nak bangunkan institusi pendidikan KUIN dengan menubuhkan pelbagai fakulti baru. Woi JAMIL, awat KUIN takda duit hang pulun nak perhabih ha?

Mai cerita baru ni pulak lagi panas. JAMIL dan balacinya merayu kat tabung kerajaan PTPTN. Tak tahu malu ka woi JAMIL. Hampa kata anak syarikat menguntungkan. Kepala hotak hang.



JAMIL oh JAMIL, hang patut insaf di bulan yang mulia ni. Hang tahu tak, kami lagi bangga kat UMNO yang terus terang mengatakan bahawa tujuan penubuhan KUIN adalah untuk melahirkan ulama dengan pengkhususan kos pengajian Islam. Yang hang wujud fakulti perubatan watpe. Kan dah menzalimi staf and student.

kami warga KUIN akan terus bertekad menghalau JAMIL dari KUIN. Kami juga mahu AZIZAN insaf atas tindakanya memelihara kezaliman JAMIL. 

Tuesday 24 July 2012

MPM NAK AZKI DIKENAKAN TATATERTIB

Admin mendapat tahu petang tadi iaitu pada jam 5:00 pm bertempat di bilik mesyuarat utama telah berlangsungnya mesyuarat antara JAMIL dan balaci pentadbiran iaitu MPM sesi 2011/2012. Dengan tujuan mesyuarat untuk membincangkan isu kebajikan mahasiswa, kambing HITAM JAMIL yakni Mohammad Naim dan Saudara Bunyamin turut mempersoalkan tindakan wajar JAMIL terhadap Ustaz Azki @ PRESIDEN  SKUAD BERSIH KUIN.

SAPE MAKAN CILI DIA RASA PEDAS, SAPE BALCI DIA KAMBING JAMIL


MPM sesi ini yang turut berjaya dikambing hitamkan oleh JAMIL kerana amat lemah dan bacul di hadapan kezaliman JAMIL. Almaklumlah, mesyuarat tangguh, mai pulak iftor jama'e dengan JAMIL. Sape yang taknak jadi balaci kan.

Saksikan siri pembongkaran yang seterusnya di sebalik dalang penyelewengan MPM terhadap Mahasiswa INSANIAH. MPM tidak berkebajikan dan hanya tahu jilat punggung JAMIL dan AZIZAN.

Saturday 21 July 2012

ISYTIHAR MUSUH

DENGAN LAFAZ BISMILLAHIRRAHMANNIRRAHIIM...

KAMI ISYTIHAR PERANG KE ATAS DUA INDIVIDU YANG PALING MERBAHAYA BUAT KERAJAAN KEDAH DAN UNIVERSITI INSANIAH

JAMIL

&

AZIZAN

SEMOGA ALLAH MEMBERKATI PERJUANGAN ORANG-ORANG YANG DIZALIMI...

BERAMBOOOS JAMIL DAN AZIZAN

Tunggulah...ada ramai yang mula menentang JaZan cengei. Tunggu dan lihat gelombang pembantaian besar-besaran terhadap BERUK JaZan yang menindas rakyat dan mahasiswa. TAKBIR!

Tuesday 3 July 2012

JAMIL rosakkan objektif penubuhan KUIN sebagai institusi PENGAJIAN ISLAM.

Empat tahun pentadbiran JAMIL yang teramat zalim. Objektif penubuhan KUIN kini telah lari dari landasannya. JAMIL secara terang-terangan meminggirkan kesemua program pengajian Islam apabila menaikkan program lain seperti kulliyah Medik dan Kulliyah kejuruteraan yang langsung tidak memberi keuntungan kepada KUIN.

Tuuuuuu diaaaa~ kasihan kat Kulliyah pengajian Islam yang sudah berpuluh tahun ditubuhkan tetapi mereka hanya mencemburui melihat bilik Kulliyah Medik yang dibina oleh JAMIL.



Manakalah bilik Kulliah Pengajian Islam~


Sila (klik)


Mahasiswa harus bangkit menentang ketidakadilan JAMIL.

Friday 29 June 2012

Skandal JAMIL. Institusi pendidikan ROSAK!

JAMIL memaksa dekan Kulliyah Al-Quran (KAQ) supaya memberi keputusan luar biasa untuk anaknya (gambar) dengan CGPA 3.8

Warga KUIN di KAQ bukan tak tahu yang anak  JAMIL baca al-Quran pun tak berapa nak pass. Latar belakangnya pun tidak berasas pada kos yang dipilih. Namun demi anak JAMIL sanggup melakukan apa sahaja.

RAMZUL BIN JAMIL


Jenayah pendidikan KUIN yang dipelopori JAMIL ini menyebabkan ramai pihak tidak berpuas hati. Pelajar ijazah al-Quran yang berasas, malah telah menghafal 30 juz semasa diploma pun tidak mencapai markah sedemikian. PELIK BIN AJAIB.

Mahasiswa KAQ wajar mempersoal isu ini di hadapan JAMIL si pembohong besaq. Kemudian, pakat-pakat halau JAMIL dari KUIN.


JAMIL pembohong besaq!

Tidak pernah mana-mana projek yang dibangunkan dengan peruntukan sudah ditetapkan tidak siap seperti yang dijadualkan. Tetapi tak seperti JAMIL yang memperbodoh dan menipu seluruh mahasiswa KUIN mahupun pelajar baru apabila kampus tetap Kuala Ketil tidak memiliki masjid dan asrama tetap seperti yang dirangka dalam pelan. Berhutang RM320 juta untuk membangunkan KUIN Kuala Ketil, sekali lagi JAMIL gagal melaksanakan perancangan yang ditetapkan. Kata Mr SS, pada sesi penerangan KUIN 9.30 pm 27 JUN di Minggu Silaturrahim, KUIN perlukan RM20 juta untuk bangunkan masjid sahaja.

TANDA BULATAN SEPATUTNYA TEMPAT MASJID DIBINA
 Bayangkanlah jika mahasiswa hendak solat jumaat. Admin dimaklumkan masjid yang paling dekat adalah 3 hingga 4 kilometer dari kampus. Bayangkan jika mahasiswa yang ko-k nya tamat pada 1:00 pm,  terutamanya briged bomba yang lasak dan kotor, tak ke kalut? JAMIL JAMIL JAMIL.


MASJID YANG TERGADAI OLEH JAMIL

Mana anak Syarikat woi JAMIL. Mana keuntungan anak syarikat hampa. Takkan keuntungan anak syarikat tak boleh nak cover KUIN untuk bangunkan masjid Kuala Ketil kooooott. Ke rugi guane?

JAMIL bohongi Mahasiswa. JAMIL bohongi ibu bapa pelajar.

Wednesday 27 June 2012

JAMIL...Hang jangan curi Zakat lagi!

Insaniah telah menerima surat makluman mengenai penyaluran zakat pelajar kepada JAMIL. JAMIL diberi tugas supaya menyenaraikan pelajar kelahiran Kedah yang layak. Kami di barisan warga KUIN memberi amaran kepada JAMIL supaya jangan merompak wang zakat seperti tahun lepas. Wang zakat dipotong tanpa persetujuan asnaf. JAMIL curi, KUIN tidak berkat.




Berikutan kebodohan JAMIL, kerana terdesak KUIN yang kini berhutang. Bukan setakat berhutang malah bank tidak sudi memberi hutang kepada JAMIL lagi. Jadi, jangan curi wang ZAKAT.

Tuesday 19 June 2012

Mahasiswa KUIN kesal

 Pada 12 JUN yang lalu, MPM dengan sokongan Mahasiswa KUIN telah menghantar surat tuntut penjelasan
 dari pihak pentadbiran KUIN. Walaubagaimanapun surat tersebut langsung tidak mendapat respond dari 
pihak bertanggungjawab terutamanya JAMIL meskipun tempoh yang diberikan selama seminggu sudah 
berlalu. Mahasiswa KUIN merakamkan kekesalan kerana sikap JAMIL yang kejam tanpa melayan rungutan
 mahasiswa KUIN. Dengan bantuan staf tertentu, admin akan dedahkan betapa banyaknya masalah yang 
dihadapi mahasiswa KUIN tetapi disembunyikan oleh JAMIL. Anda nilailah, wajarkah KUIN diiktiraf
 ber kuali T?



Berikut merupakan senarai masalah yang telah dilampirkan oleh MPM:


Bendahari

1.    Penjelasan mengenai kenaikkan yuran kepada semua mahasiswa.
2.    Memohon penjelasan berkaitan caj RM 25 bagi pelajar tempatan dan antarabangsa RM 150.
3.    Akaun pelajar minta diperincikan dari segi pemotongan yuran.
4.    Lebihan potongan PTPTN.
5.    Masalah penangguhan yuran.
6.    Kadar bayaran pengecualian kredit yang sangat mahal.
7.    Status GHB.
8.    Jadual kuliah  lambat.
9.    Jadual peperiksaan LAMBAT.
10.    Mohon diadakan sem SHORT-SEM bagi semua kuliah.
11.    Mohon kelas tasmik dimasukkan dalam jadual kuliah.
12.    "facebook" HEA tidak menjawab setiap persoalan yang telah diajukan
13.    Penjelasan tentang kenaikkan yuran asrama.
14.    Mohon kemaskini butiran pelajar luar kampus.
15.    Etika pemakaian tidak berkuatkuasa.
16.    Pengurusan PTPTN yang banyak masalah.
17.    Bangunkan kolum  HEP dalam portal pelajar.
18.    Mohon penjelasan CAJ dan faedah yang diterima oleh pelajar tempatan dan antarabangsa.
19.    Mohon sediakan kenderaan untuk membawa pelajar sakit di asrama.
20.    Mohon pengecualian yuran asrama bagi JAKSA & MPM.
21.    Mohon pejabat MPM di stargate.
22.    MEDICAL CHECK yang membebankan pelajar baru dengan bayaran RM 150 - RM 250.
23.    Keselamatan di induk dan asrama ditingkatkan.
24.    Kemudahan kelas, wifi, telefom awam, dan watercooler tidak berfungsi dengan sempurna.
25.    Sediakan kenderaan khas untuk Kampus Stargate.
26.    Tidak ada pengawal keselamatan wanita.
27.    Staf yang tidak sopan. 

Diharap penyeksaan JAMIL terhadap mahasiswa KUIN ini dihentikan segera. Mahasiswa dan staf 
KUIN memohon MB memecat JAMIL sebelum KUIN lingkup.

Sebelum admin dedahkan lebih banyak kesalahan JAMIL terutmanya berkaitana keluarga JAMIL 
dalam KUIN, kami (Staf dan Mahasiswa) menegaskan supaya seluruh warga KUIN, Kedah dan 
Malaysia berpakat memecat JAMIL.

***

JAMIL dengan ucapanya semalam ketika perasmian hari Kuali-T berbohong dan seperti kebudak-budakkan
 kerana tidak ada perkara yang dibanggakan lagi melainkan perahu panjang dan Kuala Ketil sahaja. JAMIL 
berbohong kerana menyembunyikan masalah di KUIN. Dan pembohongannya disaksikan oleh ratusan
 staf KUIN, IPT luar, pihak kerajaan, termasuk timbalanya sendiri Dato Barni.

Monday 18 June 2012

JAMIL hampir tumbang, sokong AZIZAN!

MB Kedah yang akan melawat KUIN pada 19 JUN bakal mencatat sejarah yang mana RAHSIA JAMIL selama ini akan terbongkar. Bertepatan dengan tujuan lawatan MB ke KUIN iaitu Perasmian Hari Kualiti.

Warga KUIN yang sedia maklum bahawa JAMIL gagal membangunkan kualiti KUIN akan membuat tindakan 'Smart Protes' ( link) pada hari kedatangan Azizan ke KUIN. 


PECAT JAMIL P MAMPOS


Azizan difahamkan dalam keadaan tidak sihat semenjak menerima tekanan demi tekanan dari ramai pihak yang menuntut agar JAMIL dipecat dengan kadar yang segera.

SOKONG MB PECAT JAMIL



"Admin difahamkan kemungkinan ada pihak yang cuba membuat provokasi bagi membatalkan program tersebut demi menjaga rahsia JAMIL. Walaubagaimanapun maklumat ini hanya bersifat ura-ura berikutan beberapa orang suruhan JAMIL didapati berada di balai polis petang tadi. Nantikan kedatangan MB esok, marilah sama-sama kita doakan agar MB sedar kezaliman JAMIL seterusnya memecat JAMIL serta merta.

Thursday 14 June 2012

Dewan Ulama PAS Kedah Bantu Pecat JAMIL

Ahli Dewan Ulama

Pada himpunan HIJAU yang lepas, ahli PAS Pusat telah mengadakan satu pertemuan khas antara Dewan Ulama PAS Kedah, dan beberapa pimpinan PAS Kedah bagi membincangkan kemelut yang melanda KUIN.

Apa yang dapat disimpulkan ialah, pertemuan tersebut menghasilkan satu solusi yang jelas iaitu PECAT JAMIL. Perkara ini dapat disahkan melalui seorang ahli PAS dari Pokok Sena yang enggan diberitahu namanya yang turut terlibat dalam pertemuan tersebut. Perkara ini juga disahkan oleh salah seorang Pensyarah Usuluddin yang sedang menyambung PhD, cuti bergaji di USM iaitu Ustazah Azlina. Maklumat ini dikuatkan lagi dengan pengakuan Ustaz Abdul Ghani iaitu suami kepada Ustazah Azlina yang merupakan Ustaz yang berpengaruh di Kedah.

Ust Ghani yang selalu mendapat tengkingan si isteri~


JAMIL yang merupakan rektor KUIN sebelum ini berhadapan dengan tindakan mahasiswa mendesaknya supaya menyelesaikan masalah kebajikan di KUIN pada himpunan 11.01.2011 lepas.

Himpunan kedua meletus apabila seluruh pensyarah dan mahasiswa kuliyyah tahfiz mengadakan bantahan terhadap keputusan JAMIL merampas bangunan tahfiz dan menggantikannya kepada sekolah Insan Bistari pada 01.04.2011 lepas.

Himpunan ketiga turut meletus pada 21 Julai 2011 di hadapan pejabat JAMIL iaitu Himpunan Mahasiswa Prihatin sebagai satu bantahan terhadap tindakan JAMIL menggantung 5 orang mahasiswa KUIN daripada pengajian.

Himpunan Aman pada 19.02.2012 yang dipengerusikan Rendy Ismail menjadi tumpuan seluruh negara kerana melibatkan beberapa proksi mahasiswa yang bergabung menuntut JAMIL dipecat seperti Mahasiswa Prihatin, Watch13, LMU, KAMI, DEMA, dan LMP. 

Siri himpunan ini jelas memberi mesej kepada warga KUIN bahawa tuntutan PECAT JAMIL tidak akan terhenti selagi orang tua itu berada di KUIN. Oleh itu, sokongan yang padu dari kalangan ramai pihak semakin memuncak. Tolak JAMIL, KUIN sejahtera. Kedah aman, rakyat bahagia. Mahasiswa tenteram dan dapat menikmati kemudahan yang sepatutnya.


Wednesday 13 June 2012

MPM Terjah JAMIL

Assalammualaikum...

Baru-baru ini admin dapati MPM telah melakukan satu tindakan yang dinanti-nantikan seluruh warga KUIN terutamanya staf. Apabila dikatakan MPM sebulat suara bersetuju mendesak JAMIL supaya menyelesaikan seluruh masalah yang dihadapi mahasiswa KUIN.

Satu lagi petanda JAMIL sudah menjadi sampah di KUIN. Admin juga dimaklumkan oleh staf bahawa MPM telah membuat perjumpaan khas bersama Dato' Barni iaitu timbalan JAMIL untuk mendapatkan penjelasan yang lebih meyakinkan. Ternyata MPM tidak salah orang kerana admin sangat mengenali Dato Barni selama admin bersama kepimpinan beliau dalam KUIN.

SURAT MOHON PENJELASAN DAN PENYELESAIAN

KEPADA USTAZAH ROHANI DEKAN HEP

KEPADA WAKIL JAMIL (JAMIL BERSEMBUNYI DALAM TANDAS)

KEPADA DEKAN HEA

Sudah jelas. Satu lagi siri kebangkitan mahasiswa mungkin berlaku. Elok juga ye, Staf gabung mahasiswa. Tak pernah dalam sejarah. Mampos JAMIL dengan jantungnya yang bermasalah tu. Berhentilah dari berlaku jenayah.

Sokong Pres MPM sokong MPM sokong Dato Barni, Ust Azki sokong staf.

TOLAK JAMIL LAKNATULLAH!

Thursday 7 June 2012

35 Jenayah JAMIL terhadap PENDIDIKAN

Di sini, admin mendedahkan jenayah JAMIL yang membuatkan anda terkejut. Ini bukan reka cerita tetapi ia adalah fakta.

"sekecil-kecil zarah amalan manusia pasti Allah mengiranya"

Insaflah wahai JAMIL, kami tidak perlukan kamu lagi. P berambos dari bumi barokah KUIN. Nilailah sendiri, inilah hasil kerja JAMIL selama 4 tahun di KUIN.


(1) DINDING RETAK

(2) SURAU DI BANGUNAN PINJAMAN

(3) TEMPAT SIDAI KAIN ASRAMA FARABI?

(3) PENGURUSAN TERUK


(4) TANDAS TANPA PINTU ASRAMA FARABY

(5) BILIK TASMIK SEMPIT DAN SESAK UNTUK LEBIH 1000 PELAJAR DALAM 1 MASA

(6) MAIN SUIS TANPA PENUTUT YANG MEMBAHAYAKAN KESELAMATAN

(7) KOMPUTER YANG TIDAK BERFUNGSI DALAM PERPUSTAKAAN


(8) WATER COOLER ROSAK

(9) KEBAJIKAN HAIWAN DIABAIKAN


(10) SUIS ROSAK

(11) TANDAS DIJADIKAN PEJABAT STAF



(12) KEBAJIKAN ANAK PEKEBUN DIABAIKAN

(13) BILIK MISTERI, DITUTUP TANPA PINTU. HANYA KELIHATAN LUBANG KECIL

(14) TANPA PEMADAM API

(15) SYILING ROSAK

(16) SYILING TAK DIBAIKI

(17) PEMBAZIRAN. AIR MELIMPAH KELUAR

(18) DINDING SURAU STARGATE DIBIARKAN JADI BEGINI

(19) ALMARI ASRAMA ROSAK

(20) PINTU KULIAH ROSAK

(21) CERMIN TINGKAP PECAH DIBIARKAN TANPA DIBAIKI

(22) KERUSI ROSAK DIBIARKAN

(23) JAMIL MAKAN TISU TANDAS

(24) MESIN BASUH KAIN DIBAWA PULANG KE RUMAH JAMIL

(25) PAPAN TANDA HIASAN

(26) TAPAK PAPAN TANDA RETAK

(27) TEMPAT MENGAMBIL WUDUK KOTOR TANPA PAIP

(28) KEPALA PAIP TIDAK DIGANTI

(29) HALAU PENGHUNI ASRAMA ASAL, JAMIL TUKAR KEPADA INSAN FASIH

(30) KERJA TIDAK PERNAH SIAP DAN SEMAK

(31) ASRAMA DIJADIKAN PEJABAT. MAHASISWA HILANG TEMPAT TINGGAL


(32) PAPAN TANDA KOSONG SATU LAGI PEMBAZIRAN


Tahukah anda? Di sebalik gambar teruk di atas, lain pulak dengan apa yang ada pada....INI (bawah)

(33) Dewan kuliah paling MEWAH di Malaysia

(34) Makmal paling mahal di Malaysia

(35) Setiap tangga di kuliyyah Medic ada kamera

Inilah JENAYAH JAMIL yang tidak boleh disangkal lagi. Fikir-fikirkanlah. Jangan tunggu lagi. Halau je~