" orang yang bodoh dan sombong dilarang membaca blog ini kerana segala isi kandungannya adalah benar. Maka orang yang dikambinghitamkan oleh JAMIL sila exit dengan hormatnya" jangan baca jika tak mahu berubah~

INI BUKAN POLITIK

RADIKAL, AGRESIF, KONFRONTASI...LAWAN SAMPAI MATI!

Monday, 21 May 2012

JAMIL MENYUSUN TENTERA

JAMIL telah kehilangan thiqoh, kehormatan, maruah, kualiti, pengaruh, kepercayaan dan segalanya. Maka JAMIL telah menyusun strategi perang untuk mempertahankan dirinya dari serangan agar terus kekal dalam KUIN. 

Perkara pertama yang ingin admin dedahkan ialah, JAMIL menggunakan MPM iaitu presidennya Ustaz Zulhazwan bagi menyerang balas serangan mahasiswa yang berhimpun di Wisma Darul Aman pada 19 Feb lepas dengan bersenjatakan slogan 'Menolak Ideologi Tidak Beradab'. JAMIL membiarkan presiden MPM tersebut mengeluarkan kenyataan media dengan tajuk 'Mahasiswa KUIN Menolak Ideologi Tidak Beradab'. Sedangkan ia sama sekali bertentangan dengan tindakan JAMIL sebelum ini iaitu menggantung KUIN5 kerana membuat kenyataan media berhubung isu KUIN. Hal ini kerana ia merupakan perancangan JAHAT JAMIL bagi mengalihkan isu pokok iaitu kegagalan JAMIL mendepani aktivisme mahasiswa. Presiden MPM yang tidak tahu menahu akan niat buruk JAMIL sebenarnya terumpan kerana pendekatan JAMIL seperti seorang ayah memujuk Zulhazwan dan akhirnya akur atas kekaburan kezaliman JAMIL selama ini.

CHECK....BUKAN CHECKMATE! Kata JAMIL. Maka JAMIL pun menyusun strategi terbarunya iaitu memberi umpan kepada beberapa staf yang kaki ampuh untuk mengekang kebangkitan mahasiswa menuntut JAMIL dipecat. Staf yang pertama ialah Encik Sayuti Sanusi. JAMIL memberikannya kuasa untuk menjawab segala pertanyaan mahasiswa berhubung isu KUIN. Sayuti yang mempunyai kemahiran memusingkan isu berjaya mengaburi beberapa mahasiswa. Tujuannya supaya mahasiswa tidak mengambil tahu, tidak bertanya dan bersikap redha dengan ketentuan yang ada di KUIN. Itulah Sayuti...hang tanya kat dia, hang dipersalah balik. Naya....

Membiarkan Fidaus PRO terhutang budi kat JAMIL. Satu lagi taktik JAMIL untuk menyusun tenteranya. JAMIL redha akan salah guna kuasa Firdaus iaitu berkenaan kereta milik KUIN digunakan bagi tujuan politik. Mengapakah JAMIL membiarkan sedemikian? Kerana Firdaus boleh diperalatkan. Atas budi JAMIL, Firdaus yang sudah termakan budi JAMIL sini sana memfitnah pejuang mahasiswa termasuk mempertahankan JAMIL dengan mengatakan bahawa JAMIL itu mempunya visi yang amat besar dan segala puji-pujian diberikannya.


Satu lagi taktik busuk JAMIL yang menjadi persoalan pelbagai pihak ialah, setiap isu KUIN dijawab oleh MB Kedah. Apakah mainan JAMIL di sebalik semua ini? Apakah aturan dan perancangan jahat JAMIL dengan apa yang dihadapi oleh MB. Adakah ini menyebabkan MB menjadi mangsa?

Tidak ketinggalan, strategi JAMIL yang cukup berkesan ialah mencipta tentera di facebook. Bagi mencipta tentera tersebut, JAMIL sebelum itu mengambil pendekatan memujuk rayu kepada di beberapa lapisan pihak seperti mahasiswa dan staf KUIN. Walaupun JAMIL tahu dia sudah tidak dipercayai lagi, namun dia yakin dengan bahasa keluarganya itu mampun mempengaruhi beberapa individu yang seterusnya berinisiatif melindungi JAMIL melalui facebook. Antara facebooker yang dikenal pasti sebagai kambing hitam JAMIL ialah Fathul Mawardi. Dengan adanya cybertrooper yang boleh menjadi pelindung JAMIL sama ada secara langsung mahupun tidak langsung, hakikatnya taktik pemujukan dan rayuan dengan bahasa 'keluarga' yang digunakan JAMIL amat berkesan.

Semoga ALLAH mempercepatkan pemecatan JAMIL!!!

No comments:

Post a Comment