RM200.00 satu jam kredit bagi pelajar baru bermula sesi kemasukkan Jun 2012. Kenaikkan yang amat drastik diputuskan oleh JAMIL. Seluruh mahasiswa dikejutkan melalui berita yang disiarkan. Populariti KUIN memuncak atas sebab yuran yang amat mahal.
Ekoran daripada kenaikkan itu, ramai mahasiswa bertanya akan kewajaran kenaikkan yuran mahal tersebut. Persoalan kemudahan, dan kualiti berlegar-legar di fikiran. Mahasiswa lama sudah pasti dapat menjangkakan perkhidmatan yang diberikan JAMIL mat tidak memuaskan. Maka mahasiswa lama menolak kenaikkan tersebut secara tegas. Bagaimanapun, ia amat berkaitan dengan nasib mahasiswa yang bakal mendaftar masuk pasa sesi akan datang
Admin menyenaraikan perkhidmatan busuk JAMIL yang tidak sesuai sama sekali jika dibandingkan dengan yuran tersebut:
1) Banyak penghawa dingin rosak di kelas
2) Bas KUIN yang dah usang dan banyak kerosakan malah mengeluarkan asap hitam
3) Jadual bas tidak dipatuhi 100%
4) Asrama yang usang dan tidak mendapat status CF iaitu ciri keselamatan
5) Asrama yang kotor dan tidak teratur.
6) Tidak memiliki restoran atau kafeteria.
7) Sistem pengurusan maklumat internet dalam laman rasmi kuin sangat lembab dan ketinggalan.
8) Pelajar terlalu ramai setiap kelas, kualiti terabai.
9) Tandas yang tidak memenuhi standard Universiti.
ADMIN MENYOKONG TINDAKAN MAHASISWA MENUNTUT JAMIL DIHALAU DARI KUIN PADA 19/02/2012 YANG LALU.
Ada lagikah siri kedua menuntut JAMIL dipecat? Hanya Allah yang maha mengetahui......
No comments:
Post a Comment