" orang yang bodoh dan sombong dilarang membaca blog ini kerana segala isi kandungannya adalah benar. Maka orang yang dikambinghitamkan oleh JAMIL sila exit dengan hormatnya" jangan baca jika tak mahu berubah~

INI BUKAN POLITIK

RADIKAL, AGRESIF, KONFRONTASI...LAWAN SAMPAI MATI!

Wednesday 8 August 2012

EDISI BONGKAR!!! JAMIL guna PTPTN umpan MPM

Alhamdulillah, berkat berjuang du bulan posa ini semakin banyak maklumat kezaliman JAMIL terhadap warga KUIN telah dibongkar.

Dilaporkan bahawa pada 26 July yang lepas JAMIL bersama balacinya (gambar) ke PTPTN, KL untuk merayu kepada pihak PTPTN agar dapat duit segera. PTPTN sebagai sumber akhir JAMIL terpaksa didesak memasukkan duit pelajar seawalnya mungkin. Itulah JAMIL tak tahu malu setelah semua anak syarikatnya gagal berfungsi sebaliknya hanya melingkupkan KUIN.

BALACI NO.1 JAMIL


Menurut maklumat yang diperolehi, JAMIL bersama wakil MPM ke PTPTN untuk mengampuh meminta-minta kepada perbadanan tersebut agar wang PTPTN diawalkan kemasukannya. Malu la JAMIL oi, hang perabih duik kerjaan Kedah, hang tubuh anak syarikat berjuta-juta perbelanjaan melingkupkan poket AZIZAN.

Kononya, sepanjang perjalanan ke KL, JAMIL  meracuni wakil MPM tersebut agar MPM menjadi tulang belakang JAMIL yang kuat menyokong kezaliman JAMIL. Hasil doktrin JAMIL kepada MPM, inilah hasilnya: (STATEMENT 28 JULY)

"Assalamualaikum,

Isu Ptptn,

Hasil Perbincangan bersama CEO PTPTN,

Alhamdulillah perbincangan bersama Pengurusan Tertinggi PTPTN membuahkan hasil yang Positif. Beberapa perkara telah disepakati dan dipersetujui. Antaranya :

1. PTPTN bersetuju untuk awalkan bayaran pada semester ini tidak seperti jadual asal di penghujung Ogos. Insyallah Mahasiswa akan terima wang sebelum raya. Sekiranya tiada m
asalah atau halangan yang berlaku. Bagi Mahasiswa baru bayaran akan dibuat 22 hari selepas dokumen perjanjian anda di serahkan kepada PTPTN. Mahasiswa baru yg belum memohon anda perlu mengisi online permohonan secepat yang mungkin pada minggu ini juga. Sila lihat notis PTPTN yang dikeluarkan pada Khamis 26 Julai 2012.

2. PTPTN tidak terus membayar wang pinjaman PTPTN kepada IPT termasuk KUIN sebaliknya diserahkan kepada Bank untuk membuat pembayaran. Semua IPT termasuk KUIN tidak diberikan wang PTPTN terus ke Account IPT sebaliknya Hanya Bank sahaja diberi kuasa tersebut. Pihak IPT termasuk KUIN hanya akan menerima wang yuran pelajar setelah pemotongan dibuat oleh pihak Bank. IPT diminta menyerahkan jumlah potongan bagi setiap pelajar kepada Bank untuk proses pembayaran yuran.

3. Bermula tahun hadapan Jadual pembayaran baru akan di pinda untuk di awalkan proses pemohonan dan pembayaran. Kaedah pembayaran akan berlaku seakan sama kaedah yang diterima pakai oleh IPTA. Pihak PTPTN bersetuju membenarkan KUIN membuat pindaan kepada tarikh proses dan pembayaran wang PTPTN kepada Mahasiswa KUIN. Pihak KUIN akan mengutarakan cadangan tarikh yang baru secepat yang mungkin.

4. Unit PTPTN baru telah diarahkan ditubuh di bawah Bendahari KUIN dan diketuai oleh Dato' Rektor sendiri bersama seorang pegawai dan 2 pembantu tadbir. Bermula Ogos urusan PTPTN bukan lagi di bawah seliaan HEP. Pengumuman Rasmi akan dikeluarkan oleh pihak KUIN.

5. Hanya 2700+- orang pelajar KUIN sahaja yang meminjam dengan pihak PTPTN. Jumlah ini amatlah kecil jika dibandingkan dengan jumlah yang layak memohon. Wang PTPTN adalah hasil dari kutipan wang pembayar cukai (Rakyat Malaysia) untuk membantu pelajar menyambung pengajian. Mahasiswa yang layak diharapkan memohon dana PTPTN ini.

6. Mahasiswa diwajibkan membuat 'Pre-Register'. Pelajar yang gagal untuk membuat 'Pre-Register' akan gagal menerima PTPTN pada semertar berikutnya. Data 'Pre-Register' akan digunakan sebagai rujukan pembayaran pada semester berikutnya.

Terima kasih kepada Dato' Rektor, Timbalan Rektor Akademik, Pegawai Bendahari, Pegawai Insaniah Endowment Fund, dan Pegawai Unit PTPTN KUIN (yang baru) yang terlibat berbincang dan merayu dengan PTPTN bagi mempercepatkan proses pembayaran wang PTPTN pada 26 Julai 2012 yang lalu. Kepada Mahasiswa yang menerima pinjaman PTPTN di ingatkan bahawa wang PTPTN adalah amanah rakyat Malaysia kepada kalian. Justeru itu berbelanjalah kepada perkara yang sepatutnya. Buatlah perancangan yang terbaik bagi menghadapi kemungkinan-kemungkinan yang tidak dijangka seperti kelewatan bayaran yang berlaku kini.

Sekian dimaklumkan."
MPM kantoi, inilah identiti mereka sebenar. Depa semua ni balaci pentadbiran!

No comments:

Post a Comment