Pada hari ini, kejadian kes rompak menyebabkan kematian seorang pencuri yang cuba mencuri di sebuah asrama pelajar Kuliah Tahfiz Kolej Universiti Insaniah. Pencuri terbabit bagaimanapun dibelasa oleh sekumpulan pelajar yang menyedari kehadiranya dalam asrama tersebut. Hampir kesemua pelajar tahfiz yang berang lalu membelasa pencuri tersebut. Kejadian kecurian sebenarnya sudah banyak berlaku di asrama itu. Pencuri mati setelah dikejarkan ke Hospital Sultanah Bahya. Polis memberi keterangan ringkas bahawa identiti pencuri atau mangsa belasa adalah berumur 35 tahun dan merupakan penagih dadah tegar yang mana sebelum ini pernah melakukan kes yang sama.
![]() |
JAMIL perlu bertanggungjawab soal keselamatan asrama al razi |
Pihak pelajar mula mempertikaikan soal tahap keselamatan asrama tersebut. Salah seorang pelajar yang enggan dikenali berkata "kami kesal kepada pihak pentadbiran kerana kurang mengambil perhatian soal keselamatan asrama kami. Seandainya pencuri tersebut membawa senjata merbahaya, apa akan jadi kepada nyawa kami?" katanya di hadapan media pagi ini.
Rektor INSANIAH enggan bersemuka dengan pelajar tersebut sebaliknya menunggu respon Azizan berhubung kes yang membabitkan soal keselamatan institusi yang dibangga-banggakan kerajaan negeri Azizan. Maklumat lanjut: MATI DI AL RAZI
JAMIL sepatutnya turun padang mengungjungi keadaan pelajar kuliah tahfiz dan melihat sendiri tahap keselamatan asrama tersebut.
No comments:
Post a Comment