" orang yang bodoh dan sombong dilarang membaca blog ini kerana segala isi kandungannya adalah benar. Maka orang yang dikambinghitamkan oleh JAMIL sila exit dengan hormatnya" jangan baca jika tak mahu berubah~

INI BUKAN POLITIK

RADIKAL, AGRESIF, KONFRONTASI...LAWAN SAMPAI MATI!

Friday, 10 February 2012

KUIN akan gulung tikar!

Kemelut yang berlaku KUIN kini agak memeranjatkan kebanyakan staf Insaniah yang sememangnya berhasrat supaya rektor si Jamil dipecat atau dihentikan perkhidmatannya yang akan tamat April INI. Ketidakpuasan hati staf malah mahasiswa Insaniah sudah tidak tertahan lagi. Tindakan beberapa staf yang semakin menempelak kewibawaan Jamil menunjukkan beliau patut ditendang dari Insaniah.

Namun sikap Jamil yang berdiam dan menyembunyikan diri seolah tidak bertanggungjawab menunjukkan beliau mempertahankan jawatannya. Hal ini memberi impak besar kepada bos KUIN iaitu Azizan. Maka berlaku salah anggap masyarakat umumnya dan mahasiswa khasnya terhadap isu yang berlaku.

Apa yang penting ialah Jamil sepatutnya menjawab segala persoalan yang berkemungkinan besar menyebabkan KUIN bankrup dan pembangunan di Kuala Ketil tergendala. Jamil harus menjawab isu MQA, pengurusan gaji staf, pengagihan zakat yang tidak sah, keselamatan kediaman, kuliyah perubatan tanpa pelajar, RM255 yang hilang secara ghaib, dll...

Jika tidak, maka masyarakat harus bertanya...adakah demonstrasi sebelum ini dah berbaloi untuk selamatkan Insaniah? Atau kejahatan Jamil terus diperakui hanya kerana kezalimannya yang terus disembunyikan...

No comments:

Post a Comment