Antara kebodohan pentadbiran Jamil ialah mengarahkan HEP supaya menghentikan usrah secara mengejut selepas kejadian penggantungan 5 mahasiswa. Dengan alasan takutkan konco KUIN 5 (dalam MPM) ketika itu menggunakan pendekatan usrah untuk mempengaruhi mahasiswa untuk melakukan demonstrasi. Jamil memang tak tahu erti usrah. Begitu juga pengampuh dalam HEP yang menjilat kaki rektor ini.
Akibat daripada meninggalkan program tarbiyah ini, sepanjang bulan Ogos hingga Oktober 2011 telah berlaku pelbagai masalah luar dugaan yang tidak layak bagi sebuah universiti Islam bawah tadbir Jamil ini. Pada bulan September sahaja 5 kes tangkap basah yang melibatkan mahasiswi Farabi (laporan JAKSA 2011). Kemasukan pelajar baru, dilaporkan tidak mengetahui tentang usrah. Malah MSR pada sesi Jun - Julai adalah dikendalikan oleh HEP. HEP yang tak pernah tahu tentang MSR pun menyibuk nak mengendalikan program seperti ini. Akhirnya, MPM pada masa itu hanya jadi alat.
Kebobrokan pentadbiran Jamil dan balacinya HEP memaparkan 1001 kehinaan yang tidak layak bagi mereka yang bergelar profesor dan pakar. Mereka sendiri lebih menghinakan universiti dengan pengurusan primitif seperti ini berbanding demonstrasi yang berlaku. Nampaknya ada sifat yang datang dari acuan UMNO dan kezaliman. Cara mereka menyekat dan menghalang pelbagai kebebasan mahasiswa tak ubah seperti gaya UMNO. Kita harapkan Jamil tidak menggunakan MB Kedah untuk mempermainkan isu KUIN ini.
No comments:
Post a Comment